fb fb fb fb fb

Laluan 'sinkhole' di Pantai Jerejak ditutup

Tular gambar kejadian lubang besar yang berlaku di kawasan Pantai Jerejak hingga mengakibatkan tayar sebuah bas sekolah terbenam

GEORGE TOWN, 16 Oktober- Laluan di Lebuh Bukit Kecil 3, Taman Sri Nibong dekat Pantai Jerejak di sini ditutup kepada semua pengguna susulan kejadian lubang besar (sinkhole) sedalam 3 meter, awal pagi tadi.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca kebocoran paip Indah Water Konsotium (IWK) di bawah jalan terbabit.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya telah mengambil tindakan segera dengan memasang penghadang di kawasan terjejas.

Aduan mengenai kejadian diterima pihak berkuasa kira-kira pukul 8.00 pagi dan sebuah bas sekolah yang terlibat berjaya dikeluarkan dari kawasan sinkhole pada 8.45 pagi.

JKR dan IWK kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian dengan lebih lanjut.

SITI AISHAH MD ISA