fb fb fb fb fb

Laluan penyuraian trafik, jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis bermula Sabtu hingga 2 Mei

(Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool)

GUA MUSANG, 15 April- Laluan penyuraian trafik di jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis akan dilaksanakan bermula Sabtu sehingga 2 Mei ini bagi menguruskan pertambahan kenderaan sempena Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, perubahan itu ialah dengan menjadikan sebahagian daripada laluan sebagai jalan sehala.

Katanya, bermula malam ini proses memasang penghadang dan termasuklah tanda arah jalan sehala dilakukan bagi mengurangkan konflik kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan.

"Bermula malam ni kita akan mula pasang penghadang dan sebagainya supaya selepas ini dia akan jadi lebih jalan sehala supaya nak kurangkan konflik kereta yang bergerak dari arah bertentangan dan mengurangkan lintasan yang akan boleh menyebabkan konflik dan kemalangan. Ini usaha kita untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi keselamatan pihak pengguna insyallah walaupun kita tahu memang ada kesesakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) FT2747 di Gua Musang, Kelantan.


(Datuk Ir. Ahmad Redza di Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) FT2747 di
Gua Musang FB JKR Malaysia)

Ujar Ahmad Redza, JKR menjangkakan kesesakan jalan bermula Selasa ini.

Bagi pengguna jalan raya yang akan pulang ke Kota Bharu, laluan alternatif lain dicadangkan adalah dengan melalui Lebuhraya PLUS - Kuala Kangsar dan melalui FT004 - Jeli - Tanah Merah - Pasir Mas dan Kota Bharu.

Alternatif kedua pula menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Terengganu ke Kota Bharu.
 
Selain itu, pengguna jalan raya juga boleh melalui laluan Simpang Pulai - Jeli - Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu.

Media Baharu