fb fb fb fb fb

Kanak-kanak OKU hilang di Bau

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak)

BAU, 15 April- Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia tujuh tahun dilaporkan hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang, di sini, sejak semalam.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nelson Phang Siaw Ming, maklumat daripada ahli keluarga menyatakan mangsa disedari hilang di rumah pada pukul 2.30 petang.

"Mangsa berkemungkinan telah keluar melalui pintu belakang yang menghadap kawasan hutan berdekatan.

"Ada saksi mengatakan mangsa kali terakhir dilihat memakai baju merah dan lampin pakai buang serta berkaki ayam," katanya dalam kenyataan.

Jelas Nelson, pencarian awal di sekitar kawasan belakang rumah mangsa tidak menemukan sebarang petunjuk.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak terbabit disambung hari ini.

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak)

Media Baharu