fb fb fb fb fb

Laluan LTdL 2022 akan ditutup secara berperingkat mulai esok

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup laluan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang melibatkan lapan negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat itu akan bermula dengan peringkat pertama pada 11 Oktober, melibatkan laluan dari Seri Menanti, Negeri Sembilan menuju ke KLCC, Kuala Lumpur dari pukul 12.30 tengah hari hingga 4.17 petang.

Laluan peringkat kedua iaitu dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan menuju Raub, Pahang pula akan ditutup pada 12 Oktober dari pukul 12.15 tengah hari hingga 4.32 petang.

Sementara itu, semua laluan menghala masuk ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan, Pahang akan ditutup pada 13 Oktober dari pukul 12.40 tengah hari hingga 3.54 petang.

(Peringkat perlumbaan LTdL 2022)

Laluan dari Sabak Bernam, Selangor menuju Meri Jaya, Ipoh pula akan ditutup pada 14 Oktober dari pukul 2.45 petang hingga 6.04 petang.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang LTdL 2022 di www.ltdlangkawi.my.

Media Baharu