fb fb fb fb fb

LADA pulihara hutan paya bakau demi generasi akan datang

LANGKAWI, 12 Jun- Bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA) meneruskan aktiviti memulihara hutan paya bakau demi generasi akan datang.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Muttalib, objektif program adalah untuk memaparkan usaha positif yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat dalam memulihkan sumber hutan paya bakau dan biodiversiti.


(GAMBAR FAIL)

"Selain itu, program juga diharap dapat mewujudkan kesedaran bahawa memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, serta memupuk minat menanam pokok dan mencintai alam sekitar di kalangan komuniti setempat," katanya.

Beliau ditemui media selepas program Program Penanaman Bakau sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Kilim Karst Geoforest Park, Langkawi, Kedah.

Pada program tersebut, sebanyak 2,0 22 pokok bakau jenis minyak ditanam.

Sehingga Jun, sebanyak 1,168 pokok bakau telah berjaya ditanam sekitar Langkawi.


(Program Penanaman Bakau sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Kilim Karst Geoforest Park, Langkawi)

Media Baharu