fb fb fb fb fb

Kuwait Airways kembali mendarat di KLIA

SEPANG, 3 Oktober- Selepas tujuh tahun, buat julung kalinya pesawat Kuwait Airways mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang turut memberikan isyarat positif kepada industri pelancongan tempatan.

Pesawat Boeing 777-300ER yang membawa 300 penumpang itu berlepas dari Kuwait sebelum tiba di KLIA pada pukul 11.40 pagi.

Pengerusi ATS Global Travel and Charter Sdn Bhd, Datuk A. Aziz Ahmad berkata penerbangan bakal dijadualkan 2 kali seminggu bermula Oktober ini.

"Kita sekarang dalam proses pemulihan Covid-19 dan kita boleh jangkakan kekerapan akan ditingkatkan pada masa depan dan ini bagus untuk Malaysia dengan kehadiran pelancong ke dalam negara," katanya.

(Datuk A. Aziz Ahmad)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan ketibaan penumpang di KLIA menerusi penerbangan KU409 syarikat penerbangan itu, di sini hari ini.

Tambah Aziz, jadual penerbangan bakal ditambah sekiranya permintaan menggalakkan.

ATS Global Travel and Charter merupakan salah satu agensi perkhidmatan am yang dilantik, bagi menguruskan perjalanan penerbangan Kuwait Airways.

Media Baharu