fb fb fb fb fb

Kutipan zakat Melaka pada 2022 meningkat lebih 10 peratus

(FOTO FB SulaimanBinMdAliOfficial)

AYER KEROH, 10 Januari-Kutipan zakat harta dan fitrah di Melaka meningkat 10.21 peratus menjadikan jumlah RM116.9 diterima daripada lebih 53,000 pembayar zakat sepanjang tahun lalu.

Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia termasuk zakat fitrah dengan peningkatan hampir 11 peratus, manakala zakat pendapatan meningkat hampir 15 peratus.

Zakat fitrah mencatatkan kutipan RM5.6 juta, manakala zakat pendapatan kira-kira RM69.42 juta.

"Kita sasarkan RM118 Juta dapat dikutip pada tahun ini", katanya selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan yang
disempurnakan oleh Tuan Di-Pertua Negeri Melaka , Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat TYT , Ayer Keroh Melaka.


Terdahulu ,Tun Mohd Ali menerima serahan zakat membabitkan 17 agensi dan syarikat koporat keseluruhan berjumlah RM4.3 juta


(Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan yang disempurnakan Tuan Di-Pertua Negeri Melaka ,
Tun Mohd Ali Mohd Rustamdi Pejabat TYT , Ayer Keroh Melaka/FOTO FB SulaimanBinMdAliOfficial

Media Baharu