fb fb fb fb fb

KUSKOP tawar geran dan pinjaman kepada koperasi sekolah yang terlibat aktiviti pertanian

PETALING JAYA, 7 Julai- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan geran dan pinjaman mudah kepada koperasi sekolah yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti pertanian.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata ia bagi membantu pihak sekolah memperbanyakkan lagi aktiviti pertanian serta membangunkan usahawan tani dalam kalangan pelajar sekolah.

"Kita harap koperasi sekolah juga akan terlibat dalam aktiviti pertanian agromakanan. Bukan sahaja kita nak melahirkan seorang bangsa usahawan dalam kalangan pelajar tapi kita juga perlu seiring untuk mencapai matlamat negara dalam melahirkan petani moden satu hari nanti," kata Noh Omar pada sidang media Perasmian Penutupan Pertandingan Pidato Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2022, di sini.


(Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar menjelaskan perkara tersebut dalam sidang media Perasmian
Penutupan Pertandingan Pidato Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2022)

Tambah beliau, permohonan boleh dibuat terus kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pertandingan anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMA) itu mempromosikan sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia serta memartabatkan bahasa Melayu di peringkat dunia.

Media Baharu