fb fb fb fb fb

Kurangkan pelepasan gas rumah hijau, Malaysia banyak melabur dalam pengangkutan mampan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Malaysia telah banyak melabur dalam pengangkutan mampan, menyokong projek pengangkutan awam untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek-projek seperti sistem rel bandar dan antara bandar serta Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka menyumbang secara positif kepada usaha itu.

"ECRL selari dengan matlamat Dasar Pengangkutan Negara untuk mengalihkan pengangkutan barang berat dari jalan raya ke rel, dengan mengurangkan secara ketara pelepasan gas rumah hijau.

"Kerajaan juga menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan mempelawa pihak berkepentingan untuk mengambil bahagian dengan melabur dalam infrastruktur dan penggunaan EV di Malaysia", katanya pada Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia di Ibu Negara.

Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan dan negara menyasar mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus daripada KDNK menjelang 2030 berbanding tahap 2005.

Menerima amalan mesra alam dalam pengangkutan adalah bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan bermanfaat untuk mewujudkan model perniagaan mampan yang lebih cekap.

ROSLINA BINTI DIN