fb fb fb fb fb

Kuota internet tambahan terima respons positif

SEREMBAN, 25 April- Kuota internet tambahan bagi pengguna pakej prabayar sempena Aidilfitri mendapat respons positif daripada orang ramai.

Tinjauan RTM mendapati mereka memperoleh manfaat menerusi inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Selain panggilan video, pengguna juga berkesempatan untuk berkongsi momen Hari Raya Aidilfitri dengan rakan menerusi platform media sosial.

Bagi penjawat awam Zaini Norsal, "ia merupakan satu inisiatif yang bagus terutama untuk golongan B40 terutamanya keluarga yang jauh. Jadi mereka boleh gunakan data yang diberi untuk berhubung secara di alam maya."

Menurut Muhammad Khaidir Abdul Razak pula, "bila musim perayaan ini bantuan tambahan kuota itu memang diperlukan sebab ramai yang akan berkongsi momen Aidilfitri di media sosial."

Selain itu, bagi perkeja swasta Nadzatul Nadia Abdul Rashid, "saya rasa ini sangat bermanfaat sebab kita banyak penggunaan data yang banyak semasa musim perayaan ini. Jadi, kita sangat memerlukan internet dekat Aidilfitri."

Terdahulu media melaporkan inisiatif itu dilaksana bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini.

(Foto hiasan)

Media Baharu