PATTANI, 5 Oktober- Delegasi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menghadiri pertemuan bagi berbincang dan menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri halal dengan Universiti Prince Of Songkla (PSU), Pattani, Thailand.
Rektor PSU Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramlee memaklumkan, kunjungan itu dianggotai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti KUIPs Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin berserta ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Pengurusan Eksekutif serta bagi menghadiri Mesyuarat Kali ke-41 di universiti berkenaan.
Kedua-dua universiti itu turut mengadakan perbincangan dan mengatur strategi untuk bekerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan malah berhasrat untuk meneroka dalam industri inovasi halal.
"Diharapkan pertemuan dan perbincangan yang dijalankan ini dapat membantu dan merealisasikan hasrat kita untuk menawarkan program dalam bidang halal nanti," katanya pada Mesyuarat Kali ke-41 di Universiti Prince Of Songkla (PSU).
PSU menawarkan tiga program halal iaitu Pengurusan Sistem Halal, Pelancongan Halal dan Hospitaliti dan Pengurusan Logistik Halal.
(Lawatan Kolej Universiti Islam PerlisĀ keĀ Universiti Prince Of Songkla)