fb fb fb fb fb

KTMB tawar Takaful Perlindungan kepada pengguna ETS

(Mohd Rani Hisham Samsudin)

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan Takaful Perlindungan sehingga RM50,000 kepada pengguna dan penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) melalui aplikasi KTMB Intercity Ticketing System (KITS).

Insiatif ini adalah kerjasama bersama pihak Etiqa dalam memberikan satu nilai tambah baharu dengan menawarkan konsep patuh syariah melalui pelan asas dan pelan premium.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata pengguna boleh memilih pelan takaful premium dengan hanya tambahan RM1.50 bagi menikmati faedah-faedah yang ditawarkan.

"Insuran ini akan memberi perlindungan misalnya jika tren kita atau pengangkutan kereta api kita terlewat dan kelewatannya melebihi empat jam jadi insurans ada satu 'coverage' ataupun pulangan tiket dan sebagainya kepada penumpang.

"Insuran juga memberi perlindungan kepada kehilangan atau kerosakan bagasi dan selain itu memberi juga perlindungan kepada kecederaan jika berlaku sesuatu kemalangan," katanya.

(Majlis Pelancaran KITS Perlindungan Takaful Penumpang di KL Sentral)

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran KITS Perlindungan Takaful Penumpang di KL Sentral, di sini.

Tambah Mohd Rani, dengan perlindungkan takaful ini dijangka memberi manfaat kepada lebih sejuta pengguna yang menggunakan khidmat ETS.

Media Baharu