fb fb fb fb fb

Kredibiliti Malaysia diyakini sebagai hab pelaburan - Penganalisis

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Kunjungan para pemimpin dunia ke negara mencerminkan kredibiliti Malaysia sebagai hab pelaburan dan teknologi yang mampu mengubah landskap ekonomi global.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata ia disokong pertumbuhan ekonomi cemerlang sejak dua tahun kebelakangan ini, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur.

"Antara faktor yang saya kira membawa perkembangan terkini, ini ialah usaha berterusan oleh kerajaan Malaysia melalui rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun membuat lawatan ke hampir 50 buah negara di seluruh dunia.

Dengan membawa imej Malaysia yang mempunyai kapasiti dan juga kebolehan selain kemampuan untuk dibangunkan daripada segi pelaburan dan juga teknologi yang tinggi," kata Dr. Bashir kepada pemberita, hari ini.

Ujarnya, kestabilan politik juga menjadi kayu ukur buat negara luar dalam menilai negara sebagai destinasi pelaburan yang selamat.

Ini diperkukuh dengan dasar-dasar kerajaan Madani yang lebih jelas, dengan mengutamakan ketelusan dan tata kelola yang baik.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM