fb fb fb fb fb

KPWKM sedia bantu khidmat kaunseling kepada keluarga Zayn Rayyan

Datuk Seri Nancy (berbaju kurung kuning) pada Program Menyantuni Klien Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sempena Krimas 2023 di Hospital Umum Sarawak (HUS)/ BERNAMA

KUCHING, 15 Disember- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya mempunyai kaunselor sekiranya keluarga Zayn Rayyan memerlukan.

“Kita dimaklumkan buat masa ini pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut maka belum lagi ada kaunselor yang datang kepada mereka melainkan pihak keluarga ada minta pihak kami beri kaunseling,” katanya selepas menghadiri Program Memacu Kehidupan Krismas 2023 di sini, hari ini.

Nancy berkata buat masa ini juga pihak KPWKM tidak boleh turun ke lokasi kejadian sehingga proses siasatan selesai.

Kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI