fb fb fb fb fb

KPWKM pandang serius isu penderaan kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Isu penderaan kanak-kanak di pandang serius Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementeriannya di bawah agensi seliaanya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara turut bertanggungjawab kepada isu berkenaan.

Salah satunya langkah segera diambil mewujudkan garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).  

"Melalui garis panduan ini, pegawai pelindung JKM mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS sebelum diputuskan oleh mahkamah.

"Selain itu, pegawai pelindung JKM terus diberikan pendedahan serta latihan berterusan dalam usaha mempertingkat dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran," katanya.

(Foto hiasan)

Jelas beliau, Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak turut ditubuhkan kepada orang yang layak dan sesuai diperingkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan wakil Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi di Dewan Rakyat, Parlimen.

Media Baharu