fb fb fb fb fb

Johor perlukan program TVET lebih fleksibel dan tenaga pengajar kompeten

JOHOR BAHRU, 27 Mac - Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih fleksibel dan tenaga pengajar yang kompeten diperlukan sebagai usaha melahirkan tenaga buruh yang memberi impak positif ekonomi kepada negeri Johor.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah berkata pemain-pemain utama industri TVET perlu memanfaatkan revolusi industri 4.0 bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing.

Unit strategik modal insan menubuhkan jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor sebagai memperkasa TVET.

"Infrastruktur itu sendiri perlu lengkap dan kukuh dalam mendepani cabaran ini. Kita percaya agenda pemerkasaan TVET bersama- sama dengan penggiat utama industri harus menjadi hala tuju strategik utama TVET," kata Mohd Hairi, di sini.

(Mohd Hairi Mad Shah)

Tahun lalu Unit Strategik Modal Insan Johor memperuntukkan RM5.2 juta untuk pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Johor (PRO-MAHIR), sekali gus memanfaatkan 1,304 orang menerusi 45 kursus yang ditawarkan.

Media Baharu