fb fb fb fb fb

Johor lulus RM3.36 juta laksana program Ramadan, Aidilfitri dan Johor Bersih

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 27 Mac- Kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM60,000 kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri, Johor.

Peruntukan tersebut digunakan bagi tujuan pelbagai program bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri dan agenda Johor Bersih.

Menteri besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu akan disalur dalam tempoh seminggu ini.

"Kerajaan negeri setuju luluskan RM20,000 untuk program bulan Ramdan, peruntukan RM20,000 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri serta RM20,000 untuk agenda Johor Bersih di kawasan masing-masing,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan mesyuarat keempat, penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke-15 di Iskandar Puteri, hari ini.

Beliau berharap peruntukan itu dapat memberi manfaat kepada rakyat di setiap kawasan DUN Johor.


(Menteri besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Media Baharu