fb fb fb fb fb

KPT perhalusi cadangan kertas putih berkaitan ekonomi manusiawi jawatankuasa ICIEF

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperhalusi cadangan kertas putih ekonomi manusiawi mampan yang bakal dikemukakan oleh jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF).

Bagaimanapun, menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementerian itu akan menyemak kandungan tersebut terlebih dahulu.

"Dia akan serahkan kepada kita. Tetapi keputusan sama ada sebarang kertas putih ia bergantung pada keputusan kerajaan.

"Bagaimanapun kerajaan akan tengok dahulu sebelum membuat keputusan sama ada ia dalam bentuk kertas putih ataupun sebaliknya," katanya kepada media selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 di Sasana Kijang, Bank Negara.

Pada dasarnya cadangan tersebut bukanlah merupakan satu perkara baharu tetapi kementerian perlu memperkemas atau membentuknya secara berstruktur dengan lebih baik lagi.

Dalam perkembangan lain Malaysia juga telah dipilih oleh University of Tsukuba untuk membuka cawangannya di Universiti Malaya yang dijangka beroperasi pada September ini.

"Universiti itu merupakan sebuah universiti ternama dan mereka tidak membuka cawangan di tempat-tempat lain di seluruh dunia.

"Sebagai tanda penghormatan kepada Malaysia sebagai tanda persahabatan kerajaan jepun membuat keputusan membuka cawangan Tsukuba di Malaysia.

"Buat masa ini Tsukuba akan mula beroperasi di Universiti Malaya sebelum mereka mempunyai kampus mereka sendiri dan akan ada satu bangunan untuk memperkenalkan pengajian mereka," katanya

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI