fb fb fb fb fb

KPN buat lawatan mengejut di IPD Nilai, lokap Balai Polis Mantin

Foto Tiktok PDRMsiaOfficial

KUALA LUMPUR, 12 Februari - Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan mengejut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan, semalam bagi meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan.

Lawatan mengejut itu susulan tinjauan beliau ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kajang pada Sabtu lepas bagi memantau sendiri operasi harian barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Razarudin dalam kenyataan menerusi akaun TikTok rasmi beliau hari ini berkata tinjauan mengejut itu bukan untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, namun ia lebih kepada memberi teguran serta memperbetul amalan tugasan supaya tidak tersasar daripada landasan pasukan.

"Sama-sama kita betulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, Insya-Allah," katanya dalam kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF