fb fb fb fb fb

KPM sedia hadapi musim tengkujuh

(FOTO HIASAN)

NIBONG TEBAL, 24 September- Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memastikan semua sekolah di seluruh negara bersiap sedia mendepani bencana banjir terutama menjelang musim tengkujuh.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa menyokong sekiranya terdapat keperluan menggunakan sekolah sebagai pusat pemindahan sementara (PPS), malah KPM juga sudah menyiapkan sebahagian besar mekanisme termasuk sekolah-sekolah yang akan terlibat dengan PPS sekiranya diperlukan.

"Kita sentiasa bersedia sebab ini adalah tanggungjawab rutin kita, kerjasama dengan NADMA antara persediaan terbesar yang biasa kita buat menuju ke musim tengkujuh serta persiapan lain berkaitan dengan bencana banjir khususnya,"katanya.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal merasmikan Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Nibong Tebal, petang tadi.


(Fadhlina Sidek ditemui media selepas merasmikan Pusat Multidimensi
di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Nibong Tebal)

Media Baharu