fb fb fb fb fb

KPM peruntuk RM135 juta ubah suai, naik taraf sekolah skala enam

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM135 juta tahun ini bagi kerja ubah suai dan naik taraf sekolah bersakala enam.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, ia sebagai langkah pencegahan daripada turun ke skala tujuh yang dikategorikan sebagai sekolah daif.

"Tahun lepas, KPM telah melaksanakan penilaian untuk menilai dan menguji kedudukan serta situasi sekolah-sekolah berusia lebih 70 tahun.

"Sekolah yang masih di skala enam dapat diselamatkan sebelum jatuh ke skala tujuh," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kulim, Roslan Hashim berhubung pendekatan baharu KPM dalam menangani isu sekolah daif setiap tahun.

Mengulas lanjut, Sabah merupakan negeri yang menerima peruntukkan tertinggi bagi kerja pembangunan semula bangunan sekolah daif.

Sebanyak RM2.329 bilion diperuntukkan tahun ini melibatkan 52 projek.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI