fb fb fb fb fb

KPM perkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Peperiksaan Pusat

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Berikutan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun 2022, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Peperiksaan Pusat.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin, kaedah ini bukan kaedah baharu malah telah diperkenalkan sejak 10 tahun lalu iaitu mulai tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan tahun 2012 di peringkat sekolah menengah.

Menurut beliau, pelaporan ujian akhir sesi akademik akan digunakan untuk membolehkan intervensi awal dilakukan bagi mengoptimumkan potensi murid.

"Secara keseluruhan, penambahbaikan pelaporan PBS dapat memberi gambaran mengenai kemenjadian murid secara menyeluruh, komprehensif dan pemerkasaan PBS merupakan antara pendekatan KPM untuk beralih daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan kepada pembelajaran yang lebih menyeronokkan untuk murid," katanya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin

Bagaimanapun katanya, pelaporan ini bukan untuk tujuan perbandingan pencapaian antara murid atau sekolah.

Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Media Baharu