fb fb fb fb fb

KPLB cari jalan selesai hutang tertunggak RM230 juta peserta FELCRA

PASIR MAS, 1 Oktober- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melupuskan hutang 20,000 peserta FELCRA di seluruh negara yang mencecah RM230 juta.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, hutang tertunggak itu dianggar lebih daripada 30 tahun membabitkan beberapa generasi dan ada dalam kalangan peserta yang sudah meninggal dunia.

Jelas beliau, proses memuktamadkan isu tersebut sedang dibuat dan keputusan mengenainya akan diumum secara rasmi selepas menerima laporan terperinci daripada Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Datuk Mat Roni Zakaria.

Datuk Seri Mahdzir memberitahu pemberita pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia di Kg Batu Karang, di sini.

Turut hadir Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Datuk Mat Roni Zakaria dan Pengerusi FELCRA Diversatech (M) Sdn Bhd Datuk Akhbar Salim.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid

Dalam perkembangan lain katanya, KPLB menerusi agensinya FELCRA Berhad akan melaksanakan projek ternakan ayam sistem tertutup di Kelantan selepas projek kedua yang diadakan di Padang Terap, Kedah.

Tapak projek sudah dikenal pasti iaitu di Machang yang dijadual beroperasi pada tahun depan.

Media Baharu