fb fb fb fb fb

KPKT sedia panduan penginapan atasi isu tempat tinggal pekerja

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 3 November - Tiga garis panduan penginapan dibangunkan bagi memastikan kebajikan pekerja dipelihara dan mematuhi perundangan, kata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi satu kenyataan.

Garis panduan itu disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang dan pengusaha penginapan, dalam menyediakan penginapan pekerja.

Ia meliputi pekerja asing dan pekerja tempatan selaras dengan keperluan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], serta akta-akta lain yang berkaitan.

"Kementerian telah menyediakan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (TLQ) untuk tempoh sementara iaitu 2024-2026 dan Garis Panduan Perancangan Peng

TETITIA YUSOFF