fb fb fb fb fb

KEADILAN bukan anggota Liberal International - Fahmi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 November- Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

Ketua Penerangan KEADILAN yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata parti itu akan terus menyokong rakyat Palestin.

"Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan KEADILAN dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.

"Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

"KEADILAN bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim zionis yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin," kata Fahmi menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM