fb fb fb fb fb

Cubaan seludup rokok tidak bercukai gagal

Pengarah Kastam Pulau Pinang Hamisan Kalip

BUTTERWORTH, 3 November - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya membongkar cubaan menyeludup rokok tidak bercukai yang dimuatkan bersama-sama bungkusan mi segera dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat Pelabuhan Klang, Selangor.

Rampasan membabitkan 1,832 kotak bertanda ‘instant noodle’ yang mengandungi rokok putih itu dianggarkan bernilai kira-kira RM4.2 juta termasuk cukai.

Pengarah Kastam Pulau Pinang Hamisan Kalip berkata, siasatan awal mendapati kontena tersebut dikendalikan sebuah syarikat perkapalan dan logistik yang mempunyai cawangan di pelabuhan itu.

Berdasarkan pemeriksaan, dagangan tersebut disyaki berasal dari sebuah negara barat.

"Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengikrar dagangan sebagai 'Noodle Soup' dalam 'Bill of Lading' dan Manifes (K4) dan disorokkn di dalam kotak bertanda 'instant noodles' bersama-sama mi segera. Kalau kita buka kontena itu ada tiga pallet, yang dibelakang sekali memang ada mi segera yang bungkusan bercampur dengan rokok," kata Hamisan, di sini.

Seorang pengurus syarikat penghantaran dan logistik berusia 47 turut ditahan bagi membantu siasatan.

Lelaki terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas selesai rakam keterangan.

Kes disiasat bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

TETITIA YUSOFF