fb fb fb fb fb

Tahap pengeluaran ayam stabil - KPKM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 November- Kerajaan mengambil inisiatif dengan menamatkan subsidi ayam disebabkan tahap pengeluaran ayam stabil.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohammad Ezri Shamsuddin, pihak industri perlu merancang bagi pengeluaran ayam pada kadar yang maksimum.

"Kita juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri dan bersetuju untuk memberikan komitmen agar bekalan ayam mencukupi dan juga harga yang ditetapkan adalah tidak tinggi dan boleh dibeli oleh mereka yang tidak berkemampuan dan juga seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita dalam program rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Tambah Mohammad Ezri, rakyat perlu menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan membeli mengikut kemampuan bagi menyeimbangkan antara permintaan dan bekalan demi memastikan harga ayam dapat dikekal pada kadar RM9.40.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM