fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024 bukti keprihatinan kerajaan terhadap anggota RELA

Ketua Pengarah RELA Datuk Yahya Sulaiman/FOTO RTM

SUNGAI PETANI, 3 November-Usaha kerajaan memperkasakan inisiatif untuk Kementerian Dalam Negeri KDN antaranya  Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA dalam Belanjawan 2024 membuktikan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan anggotanya.
 
Ketua Pengarah RELA Datuk Yahya Sulaiman berkata kerajaan tetap menumpukan aspek keselamatan  dalam memperkasakan pasukan itu di peringkat komuniti.

Menurutnya pengumuman itu  adalah satu manifestasi kenyakinan dan kepercayaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan KDN dan agensi dibawahnya khusus RELA sebagai pemangkin merangka Ekonomi Madani dalam memperkukuh keselamatan negara.
 
Kita berterima kasih kepada kerajaan atas kepercayaan kepada RELA dalam Belanjawan 2024 iaitu bagi meneruskan aktiviti terutama 'Rondaan Komuniti dan program berkaitan sempadan yang terus diberi perhatian", katanya kepada RTM selepas majlis penutupan Ujian Kemahiran Menembak RELA Kebangsaan UKMR-K 2023 di sini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 lalu, KDN menerima peruntukan  sebanyak RM19.06 billion dengan tambahan sebanyak RM547.36 juta.

Manakala sebanyak RM9.7 juta diperuntukan untuk menaiktaraf Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD