fb fb fb fb fb

Hanya belia lahir tahun 2007 dipanggil PLKN 3.0

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 November- Hanya belia yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya ia dilaksanakan tahun hadapan.

Kementerian Pertahanan (MinDef) berkata pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan terdapat garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

"Pelatih yang tidak dapat menyertai program berkenaan boleh memohon penangguhan atas sebab yang dibenarkan," kata MinDef menerusi kenyataan.

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM