fb fb fb fb fb

Op PEWA: JPJ Perlis tahan 53 warga asing

FOTO RTM

KANGAR, 3 November-Sebanyak 53 buah kenderaan dipandu warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya telah disita oleh Pasukan Operasi Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perlis.

Ini menerusi Operasi Pemandu warga asing atau OPS PeWA JPJ Perlis sepanjang bulan Oktober 2023.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, antara kenderaan warga asing yang disita ialah warganegara Thailand sebanyak 3 buah, Bangladesh dengan 13 buah , Myanmar/Rohingya  sebanyak 22 buah dan lain-lain negara sebanyak 15 buah kenderaan.

Menurutnya,kebanyakan warga asing ini, didapati melakukan kesalahan seperti menunggang motosikal tanpa mempunyai Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan Insurans.

Katanya,Tindakan drastik dilakukan dengan menyita kenderaan warga asing berkenaan mengikut seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) pindaan 2021. tegas Fatimah.

Hasil siasatan pihaknya, kenderaan dipandu warga asing yang  disita adalah  kepunyaan rakyat tempatan yang disewakan kepada warga asing tersebut.

JPJ Perlis akan mendapatkan perintah mahkamah untuk pelucutan hak kenderaan yang dipandu warga asing berkenaan dan akan dilelongkan sekiranya pemilik gagal membuat tuntutan dalam tempoh tiga bulan selepas disita .

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD