fb fb fb fb fb

KPKT sasar pengurangan sisa buangan kepada 40 peratus

Datuk Aiman Athirah Sabu

PUCHONG, 28 Julai- Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pengurangan sisa buangan kepada 40 peratus menjelang 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pengurusan sisa pepejal seharusnya dipikul bersama-sama supaya kelestarian alam sekitar terpelihara untuk generasi akan datang.

Fokusnya adalah mengurangkan penjanaan sisa pepejal secara signifikan melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula.

"Hayat tapak pelupusan ini paling lama ialah 25 tahun, untuk menyelenggara sangat tinggi.

"...sekiranya kita boleh sama-sama mengambil tanggungjawab," katanya dalam sidang media selepas progam Karnival Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti Madani di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, di sini.

Antara inisiatif KPKT ialah memperkasa budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dengan memperkenalkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC).

Penyediaan DTRC dilihat dapat memudahkan masyarakat menghantar barangan yang telah diasingkan untuk dikitar semula.

Inisiatif lain ialah Program Trash to Cash yang dapat memberi pulangan pendapatan tambahan kepada individu yang melaksanakannya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI