fb fb fb fb fb

KPKT rancang bina 500 unit rumah PPR di Jenderak, Kuala Krau

(Datuk Seri Reezal Naina Mericanmajlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat
Kuala Krau yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)


TEMERLOH, 23 Ogos- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) komited untuk membina 500 unit projek Program Perumahan Rakyat ( PPR) di Jenderak Kuala Krau.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Naina Merican berkata, projek yang dirancang melibatkan pembinaan kediaman teres di bawah Rancangan Malaysia (RMK-12).

Beliau berkata, program itu adalah merupakan tanggungjawab berterusan kerajaan bagi memastikan semua golongan khususnya B-40 memiliki rumah kediaman.

Jelasnya, proses kelulusan pelaksanaan projek PPR berkeluasan750 kaki persegi ini, lebih mudah dengan kerjasama erat kerajaan-kerajaan negeri yang meluluskan kawasan tapak rumah.

"Kabinet turut bersetuju pembinaan PPR di negeri-negeri selepas ini, tidak perlu lagi dibuat dengan pemindahan tanah daripada kerajaan negeri kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), ia antara lain bagi mempercepatkan proses pembinaan di kawasan yang terlibat," katanya.

Beliau berkata, Rumah PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula penduduk dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah dengan tawaran harga serendah RM35,000.

Tambah beliau, program PPR satu projek keutamaan dan berterusan kerajaan Persekutuan dengan diberi hala tuju baharu yang lebih menyerlah seiring dengan keadaan semasa.


(Proses kelulusan pelaksanaan projek PPR berkeluasan750 kaki persegi ini, lebih mudah dengan
kerjasama erat kerajaan-kerajaannegeri yang meluluskan kawasan tapak rumah/BERNAMA)

"Ia akan dibina mengikut ketetapan hala tuju PPR baharu antaranya bersaiz 69.677 meter persegi, selain mengambil kira elemen seperti keterhubungan dan akses Internet seperti fibre to the home (FTTH) dan kemudahan awam,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan
Rosdy Wan Ismail.

Katanya balai bomba dengan keluasan kira-kira dua hektar itu dilengkapi dengan ruang jentera satu petak, pejabat pentadbiran, stor logistik berserta garaj berbumbung.

“Ia sekali gus menjadikan di seluruh negeri Pahang kini mempunyai 28 balai bomba dan dengan pembinaan balai baharu ini akan membantu meningkatkan lagi kemampuan wira merah (pasukan bomba) kita dalam memberi tempoh bertindak yang lebih cekap dan pantas terhadap sebarang panggilan kecemasan.

“Ini pasti melegakan penduduk yang sebelum ini terpaksa bergantung kepada khidmat dan kekuatan balai bomba Temerloh, Jengka dan Jerantut yang jaraknya hampir 40 kilometer dari sini,” kata Reezal Merican.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, sebanyak 332 buah Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara membabitkan 45 buah Balai Bomba berada di kategori A, 82 bagi kategori B, 166 merangkumi balai bomba kategori C dan 39 buah balai bomba bagi kategori D.

Media Baharu