fb fb fb fb fb

KPKT peruntuk RM20 juta selenggara longkang elak banjir kilat

Nga Kor Ming pada sidang media Program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT, 30 Oktober- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneydiakan peruntukan khas RM20 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan sistem perparitan untuk mengelakkan kejadian banjir kilat.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya telah menggesa kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelenggara longkang-longkang utama dan sistem perparitan menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Menurutnya, kerja-kerja penyelenggaran itu sedang dilaksanakan oleh 155 PBT terlibat.

"Sejak bulan lepas, saya telah menggesa semua 155 PBT untuk segera menyelenggara longkang-longkang utama bagi mengelakkan kejadian banjir kilat di kawasan bandar. Kita ada peruntukkan khas RM20 juta untuk penyelenggaran longkang dan sistem perparitan,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula November hingga Februari 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE