fb fb fb fb fb

KKD komited bantu sabah perkasa infrastruktur telekomunikasi

Fahmi Fadzil (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengadakan pertemuan di Menara Kinabalu / BERNAMA

KOTA KINABALU, 30 Oktober- Kementerian Komunikasi dan Digital terus meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi  memantapkan lagi  prasarana insfrastruktur telekomunikasi di Sabah khususnya di kawasan pedalaman dan pulau.

Menterinya Fahmi Fadzil yakin menerusi kerjasama itu pelbagai isu berkaitan termasuk capaian internet yang lebih baik dapat ditangani dengan lebih berkesan.

"Kami juga telah berikan komitmen kepada Ketua Menteri tentang isu pengurusan bagi projek-projek untuk menyiapkan menara telekomunikasi dan juga pemasangan fiber.

"Alhamdullilah, Datuk Seri Hajiji telah memaklumkan daripada segi dasar kerajaan negeri tidak ada sebarang halangan dan memberi sokongan penuh supaya struktur-struktur menara khusus bawah program JENDELA, USP dapat disegerakan,"katanya.

Fahmi ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memaklumkan, pihaknya sedang mengenal pasti penggunaan teknologi baharu bagi meningkatkan lagi capaian internet di Sabah tanpa menggunakan menara telekomunikasi khusus di kawasan yang mempunyai bentuk bumi yang berbukit bukau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE