KPKM pertimbang modul penggiliran tanaman sebagai dasar tetap nasional

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang menilai kemungkinan menjadikan modul penggiliran tanaman sebagai dasar tetap nasional.

RINGKASAN BERITA AI
  • Modul penggiliran tanaman sedang dinilai untuk dijadikan dasar tetap kebangsaan.
  • Matlamat: tingkat hasil tanah, tambah pendapatan petani dan elak lambakan hasil.
  • Pelaksanaan diselaraskan mengikut zon tanah dan cuaca bagi keberkesanan jangka panjang.
  • Kerjasama dengan FAMA memberi jaminan harga lantai untuk kurangkan risiko kerugian.

Langkah tersebut bagi meningkatkan hasil tanah, menambah pendapatan petani serta mengelakkan lambakan hasil pertanian.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan konsep penggiliran tanaman akan diselaraskan mengikut zon tanah dan cuaca bagi memastikan keberkesanan jangka panjang.

“Pandangan Tampin bersifat positif dan kita memang akan berusaha ke arah itu, sekarang ini misalnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) antara yang membantu untuk tanaman-tanaman seperti itu supaya kalau dia usahakan dan FAMA menjamin harga lantai, sekurang-kurang bila berlaku satu lambakan dan sebagainya, yang ada kerjasama dengan FAMA ini walaupun tidak mendapat untung besar, sekurang-kurangnya ia tidak rugi”, katanya di Dewan Rakyat.

Melalui kerjasama  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membolehkan petani menikmati jaminan harga lantai sekali gus mengelakkan kerugian apabila berlaku lambakan hasil di pasaran.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Rakyat.