fb fb fb fb fb

KPK peruntuk RM14.9 juta kawal penyakit LDP

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 15 Jun - Sebanyak RM14.9 juta diperuntuk Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi mengawal penyakit luruhan daun pada pokok getah atau pestalotiopsis (LDP) untuk tahun ini dan 2024.

Ini meliputi dua siri perlaksanaan dengan siri pertama sedang dilaksanakan kini di 32 lokasi termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek tersebut dijangka selesai pada suku ketiga tahun ini melibatkan keluasan 8,041 hektar kebun getah.

(Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Bagi Siri Ke-2 pula, menggunakan peruntukan berjumlah RM4.9 juta bagi anggaran jumlah keluasan 4,980 hektar di lapan lokasi iaitu di Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah dan dijangka selesai pada suku pertama tahun 2024," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azaman Nasarudin di Dewan Rakyat.

Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tahun lalu sebanyak RM448 juta telah diagihkan kepada 210,000 pekebun kecil dan penoreh getah sejak Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dilaksana pada 2015 bagi mengurangkan beban golongan berkenaan.

Media Baharu