fb fb fb fb fb

Anwar mahu mekanisme subsidi bersasar dilakukan secepat mungkin

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Jun-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mahu mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan petrol RON95 dilakukan secepat mungkin.

Namun, beliau mengakui pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar yang mahu dilakukan kerajaan itu adalah tidak mudah.

"Terdapat pasukan yang sedang memperhalusi mekanisme subsidi bersasar. Namun, terdapat cadangan yang kita tidak setuju terutamanya berkaitan keberkesanan implementasi yang dilihat rumit.

"Subsidi diesel sangat sukar.Kadang-kala pemamndu boleh memindahkannya dari kenderaan kecil kepada kenderaan besar.Segalanya perlu diperhalusi. Kita sedang memperhalusinya. Saya ingin memberi komitmen berkaitan hal ini. Saya mahukan ia dilakukan secepat mungkin", katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, kerajaan sedang berusaha ke arah itu dengan meneliti beberapa cadangan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar terbabit bersifat efektif.

Sementara itu beliau turut memaklumkan kerosakan yang berlaku di kawasan penjaja tersebut akan segera dibaik pulih.

"Ada beberapa kawasan perlukan pembersihan akibat dinaiki air parit dan kita akan baiki bumbung segera tahun ini", katanya demikian kepada media selepas melawat Pusat Penjaja MADANI, di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu