fb fb fb fb fb

ASB guna teknologi RFID tingkat tahap keselamatan

(FOTO FB www.facebook.com/AsianSupplyBase)

LABUAN, 15 Jun-Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), mengambil langkah proaktif menggunakan teknologi “Radio Frequency Identification (RFID)” bagi meningkatkan tahap keselamatan pangkalannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Japar Esteban menerusi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menggunakan sistem digital yang canggih dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti operasi.

Menurut Japar, pelaksanaan kawalan keselamatan itu juga secara tidak langsung memberi manfaat kepada Kontraktor Pengaturan Petroluem (PAC) sekali gus mampu menarik pemain industri lain untuk menjalankan operasi di pengkalan bekalan ASB.

Japar turut memaklumkan pengkalan ASB di sini merupakan pengkalan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi RFID.

Tambah Japar pelaksanaan teknogi berkenaan bakal melalui empat fasa dengan fasa pertama akan bermula hujung bulan ini.


(FOTO www.facebook.com/AsianSupplyBase)

Media Baharu