fb fb fb fb fb

KPDNHEP Selangor rampas minyak masak bersubsidi bernilai RM4,860

(Foto hiasan)

SEPANG, 24 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 1,944 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai RM4,860 dalam serbuan di sebuah pasar raya di Kota Warisan, Sepang, Jumaat lalu.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata hasil serbuan mendapati premis berkenaan menyembunyikan minyak masak serta merampas dokumen urus niaga.


(Bekalan minyak masak yang dirampas oleh KPDNHEP Selangor di Sepang)

"Berdasarkan aduan orang awam, premis ini disyaki menyorok minyak masak bersubsidi paket daripada dijual kepada pelanggan serta wujud perlakuan tidak beretika iaitu penjualan bersyarat dan menyimpan sejumlah minyak masak bersubsidi di stor premis itu", katanya dalam kenyataan.

"Semasa pemeriksaan premis tersebut gagal menunjukkan dokumen deklarasi maklumat berhubung keberadaan sebenar bekalan minyak masak itu.

Jelasnya, premis tersebut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, atas kesalahan menjual barang kawalan berjadual secara bersyarat.

Dalam pada itu, Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP memberi amaran akan bertindak tegas serta tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna.

Media Baharu