fb fb fb fb fb

KPDNHEP rampas minyak masak bernilai hampir RM86,000

KUALA TERENGGANU, 17 Julai - Sebanyak 70 kes kesalahan berkaitan minyak masak dengan nilai rampasan RM85,717 direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bermula 1 hingga 15 julai.

Kesemua kes dicatat menerusi operasi bersepadu pelbagai agensi termasuk Op Samar melibatkan anggota berpakaian preman di lapangan.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata dari 70 kes itu, 11 kes membabitkan penyelewengan minyak masak termasuk cubaan menyeludup ke negara jiran dan 42 kes lagi melibatkan kegagalan menyelenggara buku stok barang tersebut.

Lapan lagi berkaitan lesen, iaitu tidak berlesen dan beroperasi tanpa memperbaharuinya, serta tujuh kesalahan sorok bekalan dengan mengenakan pembelian bersyarat.

(Rosol bercakap kepada media majlis Jamuan Amal “Perwira Jasa Mu Dikenang"
sempena ulang tahun Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ke-100
Peringkat Negeri Terengganu di Batu Burok)

"Isu berkaitan kebocoran minyak ke sempadan Thailand, atau ke Thailand, kita sedang menjalankan proses pengauditan. Ertinya kita lihat pengedar kita, kita lihar daripada proses pembungkusan kepada pemborong, kemudian kepada peruncit. Kita akan adakan pengauditan, dan proses ini akan mengambil sedikt masa," kata Rosol di sini.

Media Baharu