fb fb fb fb fb

KPDNHEP jamin bekalan bahan mentah cukup menjelang Ramadan, Aidilfitri - Rosol

SETIA ALAM, 14 Mac - Bekalan bahan mentah terutama beras, gandum minyak dan telur ayam dijamin mencukupi menjelang Ramadan dan sambutan Aidilfitri, Mei ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya akan terus mengadakan libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dari aspek kawalan harga dan keberadaan stok makanan utama dalam pasaran.

(Datuk Rosol Wahid ditemui wartawan pada majlis perasmian Bazar Ramadan hari ini)

"Untuk bahan mentah kita mengadakan advokasi dan libat urus dengan MAFI. Kita ambil berat dengan makanan asas kita, beras, minyak, gandum, telur. Insya-Allah kita ada libat urus, rakyat tak perlu bimbang, ia mencukupi menjelang puasa dan raya nanti," kata RosolĀ  selepas Perasmian Bazar Ramadan 2022 di sini.

Mengulas mengenai kenaikan harga makanan berasaskan ayam menjelang Ramadan, beliau mengaku bahawa ia berlaku susulan kenaikan kos makanan ternakan dan baja yang berpunca daripada COVID-19, banjir, kadar pertukaran matawang serta peperangan.

Pihaknya akan terus memantau harga dan bekalan barangan dalam pasaran.

Media Baharu