fb fb fb fb fb

KPDN sedang laksana siasatan menyeluruh kegiatan kartel

Datuk Armizan Mohd Ali ditemui pemberita di Papar

PAPAR, 23 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) tidak menolak kemungkinan lebih banyak kartel besar akan dikenakan tindakan kata menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata siasatan menyeluruh terhadap kegiatan itu sedang dilaksana.

"Saya fikir semalam merupakan satu kes terbesar semenjak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada TAHUN 2011. Penalti kepada lima syarikat itu dikenakan sebanyak RM415 juta.

"Saya mengharapkan dengan adanya kes ini ia boleh menjadi peringatan kepada pihak industri supaya menjunjung etika dalam berniaga dan sama-sama kita menegakkan dan mewujudkan persaingan yang sihat," katanya.

Dalam pada itu, Armizan menegaskan usaha membanteras kegiatan kartel yang sabotaj usaha kerajaan membantu rakyat akan dilaksana lebih agresif pada tahun depan.

Selain itu aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan akan dipertingkat. Ia memfokuskan kepada tiga sektor utama termasuk makanan, pertanian dan tipuan bidaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI