fb fb fb fb fb

Henti politikkan isu pemindahan Kuil Nagamma - Dr Zaliha

Foto Facebook Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Orang ramai diseru agar tidak lagi mempolitikkan isu pemindahan Kuil Nagamma, Sentul di sini, demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, satu perbincangan khas dengan pihak YTL yang diketuai Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad Datuk Hamidah Bakar diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan hari ini dan menyatakan perkara itu akan diselesaikan dengan kadar segera.

"Saya telah mengadakan satu perbincangan khas bersama pihak YTL bagi membincangkan isu pemindahan Kuil Nagamma, Sentul.

"Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

Perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan K. Saraswathy, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wakil Malaysia Hindu Sangam.

TETITIA YUSOFF