fb fb fb fb fb

KPDN sedang kenal pasti produk baharu ke pasaran antarabangsa

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengenal pasti pasaran baharu bagi produk tempatan ke pasaran antarabangsa menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, ia sekali gus memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) terutama mendepani cabaran kemelesetan ekonomi.

Ketika ini, rundingan sedang dibuat untuk memasarkan produk kosmetik tempatan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke pasaran di India.

"Produk tempatan ini amat penting. Kita kenal pasti bidang keberhasilan atau outcome yang kita inginkan. Macam mana nak buat business matching, hendak bawa ke luar negara. Business matching, pasaran eksport yang kita sedang kembangkan, bidang keberhasilan amat penting," kata Fuziah ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid di Dewan Rakyat di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu