fb fb fb fb fb

Kebajikan veteran ATM berpencen atau tidak sentiasa diberi perhatian

(Adly Zahari)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kebajikan warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sama ada berpencen atau tidak berpencen sentiasa diberi perhatian.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, melalui Pelan Kebajikan sebanyak RM300 sebulan diberikan kepada seramai 18,786 veteran ATM melibatkan jumlah peruntukkan RM67.6 juta.

Selain itu, sumbangan kairat turut diberikan kepada anggota juga tanggungan bernilai RM3,000 bagi veteran, manakala RM1,500 bagi keluarga .

Setakat ini, jumlah yang telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut adalah RM455,000.

"Bagi aspek kesihatan kementerian telah memperuntukkan RM103 juta bagi tujuan rawatan dan ubat-ubatan, serta alat-alat yang terkait dengan perubatan.

"Bagi aspek perumahan, ada tiga insiatif kita iaitu pertama adalah pembinaan rumah baru sebanyak 40 buah rumah, 170 bagi pembaikan dan juga 'Satu Anggota Satu Rumah', di mana kita memperuntukkan daripada segi pembinaan rumah sasar ini 15 peratus diperuntukkan kepada anggota veteran," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj dalan Dewan Rakyat di sini.

Adly berkata, kementerian turut memperuntukkan sebanyak RM557,000 untuk bantuan pendidikan di peringkat rendah dan sekolah menengah.

"Kita juga menyediakan bantuan RM1,000 di peringkat diploma dan RM1,500 di peringkat ijazah kepada anggota veteran," katanya.

rtm(Foto hiasan)

Media Baharu