fb fb fb fb fb

KPDN Perak rampas barang tiruan bernilai RM888,000

(Sebahagian daripada barangan tiruan yang dirampas)

IPOH, 25 Mei- Sebanyak 5,100 unit barangan tiruan telah berjaya dirampas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Perak dalam satu operasi membanteras pengedaran dan penjualan barang tiruan di sebuah rumah teres di Bandar Lahat Mines, Ipoh hari ini.  

Serbuan turut membawa kepada penahanan seorang lelaki berumur 40 tahun.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil risikan yang dijalankan, modus operandi yang digunakan suspek adalah melalui aplikasi dalam talian atau E-dagang.

"Dalam siasatan awal kita sindiket ini dah aktif lebih kurang lima tahun sejak 2019 dan mereka aktif menjual barangan seperti beg dan pakaian terutamanya melibatkan barang tiruan ini jadi jual mereka ke sasaran ke seluruh Malaysia.

"Daripada dokumen-dokumen yang kita rampas mendapati pengedaran mereka ke seluruh Malaysia, katanya.

Tambah beliau, operasi ini adalah hasil maklumat yang diperoleh melalui tindakan uji beli oleh pasukan risikan KPDN ke atas sindiket tersebut.

Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM888,000 dan kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.


(Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail)

Media Baharu