fb fb fb fb fb

KPDN Melaka teruskan pemantauan susulan peningkatan harga sayur

BANDA HILIR, 6 Februari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka meneruskan pemantauan di semua peringkat susulan terdapat pergerakan harga sayur yang meningkat antara 20 hingga 30 peratus di negeri itu.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata punca kenaikan itu masih dalam siasatan memandangkan di Melaka, kira-kira 80 peratus sayur didapati daripada luar negeri termasuk Cameron Highlands, Pahang.

Jelasnya, hanya 20 peratus sayur di hasilkan daripada dalam negeri namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung permintaan.


(Foto fail) 

"Kita mendapati terdapat pergerakan harga untuk sayur-sayur yang ada sekarang, jadi kita sedang 'zoom in' macam mana pergerakan harga itu berlaku sebab kita tahu dengan sekarang musim hujan, perkara ini setiap tahun yang sama, kalau hujan sahaja , sayur ada pergerakan harga, kalau tak hujan ok pula, jadi kita nak tengok daripada mana puncanya, kena ingat Melaka ini 80 peratus pengeluarannya kita ambil daripada luar, daripada Cameron Highlands, pasar borong, 20 peratus sahaja kita 'produce locally'," kata beliau kepada pemberita, di sini.

Menurut Norena, antara sayur yang mengalami peningkatan harga termasuklah timun, sawi, kobis dan tomato.

Bagaimana pun katanya, pergerakan harga itu berbeza di setiap kawasan atau pasar.

Media Baharu