fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia kukuh pantau keselamatan kawasan perairan negara

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memperkukuh pemantauan keselamatan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan perairan dengan kerjasama negara serantau.

Jelas Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim usaha itu merangkumi pertukaran data serta informasi perisikan secara dua hala.

"PATI kita juga mempunyai kerjasama seperti di Indonesia ada Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla) dan juga Singapura (Pengawal Pantai Singapura) dan Thailand jadi hubungan dua hala antara dua negara adalah amat baik dan ini berterusan dengan mengadakan beberapa siri latihan bersama.

"Dalam bentuk komunikasi pertukaran data, pertukaran informasi perisikan ianya membantu kita dalam usaha membanteras kemasukan PATI ini berkesan," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Pihaknya turut menggalakkan keterlibatan komuniti maritim untuk berkongsi sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah dalam kawasan perairan negara.

(Saiful Lizan Ibrahim)

Media Baharu