KUALA SELANGOR, 13 Julai - Kaedah pembelian minyak masak paket kepada kumpulan sasar, akan dilaksanakan mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, sebanyak 5.8 juta isi rumah daripada golongan M40 dan B40 adalah layak berada dalam kumpulan sasar.
Selain itu, kira-kira satu juta usahawan mikro seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor, akan ditambah sebagai kumpulan sasar.
Usahawan Mikro diminta mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan subsidi berkenaan dinikmati.
"Kita akan sasarkan betul-betul supaya peniaga-peniaga ini menjadi penerima yang sah dan insya-Allah untuk mencapai matlamat tersebut, kita akan memastikan bahawa mereka berdaftar.
"Kalau tidak mendaftar susah la mereka untuk mendapatkan akses nanti, sebab bila kita sasarkan minyak masak ini nanti, paling awal tahun depan," kata Fuziah, di sini.
(Fuziah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan
Program Outreach Sara Hidup dan Aduan Suri peringkat negeri Selangor, di sini)
Ketika ini kuota minyak masak paket berjumlah 65,000 tan sebulan adalah bersamaan 60 juta paket sebulan.