fb fb fb fb fb

Kos haji kekal, tiada kuota tambahan tahun ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Naim Mokhtar/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah muassasah bagi tahun 1446H/2025M kekal pada kadar RM33,300, sama seperti tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Naim Mokhtar, memaklumkan kerajaan Arab Saudi tidak memperuntukkan kuota tambahan haji kepada mana-mana negara, termasuk Malaysia, bagi tahun ini.

"Bagi 1446H lalu, tidak ada kuota tambahan haji diberikan kepada mana-mana negara.

"Untuk tahun 1445H, ada kuota tambahan diberikan kepada Tabung Haji dan kerajaan Malaysia dan alhamdulillah kesemua kuota tambahan itu digunakan termasuk digunakan pengelola jemaah haji," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr. Ahmad Marzuki Shaary.

Mengulas lanjut katanya, kuota rasmi haji Malaysia berkurangan selepas pandemik COVID-19, iaitu seramai 14,306 jemaah pada tahun 2022 berbanding 31,600 pada tahun-tahun sebelum pandemik.
emik.

Dalam pada itu, dari segi prestasi pelaburan, Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

"Jumlah agihan keuntungan adalah sebanyak RM2.92 bilion, memberi manfaat kepada lebih 9.4 juta pendeposit.

"Agihan keuntungan adalah hasil pelaburan berpandukan displin alokasi aset strategik (SAA) yang dirangka berasaskan tahap toleransi risiko bersesuaian dalam menjaga kemampanan pelaburan Tabung Haji," katanya.

Tambah beliau, kejayaan ini juga disumbang usaha berterusan Tabung Haji sejak 2022 dalam memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai konsep menunaikan haji berdasarkan kemampuan masing-masing.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI